Now Reading
[Video] Selepas Tular Bertopeng Beri Ayam Segar Percuma Di KL, Team XYZ Dedah Misi Mereka

[Video] Selepas Tular Bertopeng Beri Ayam Segar Percuma Di KL, Team XYZ Dedah Misi Mereka

Kumpulan lelaki bertopeng dikenali sebagai team XYZ berkata niat mereka hanyalah untuk membantu orang awam yang memerlukan dengan memberikan barangan keperluan secara percuma.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sebelum ini, tular satu hantaran di laman X (Twitter @baymzn) apabila sekumpulan lelaki yang memakai topeng berwarna putih dilihat mengedarkan ayam segar secara percuma kepada orang awam sekitar Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Salah seorang daripadanya pula telah memaparkan beberapa keping kadbod yang bertulis, “Kami bukan influencer”, “Kami bukan selebriti” dan “Kami bukan sesiapa.”

Situasi tersebut kemudian telah meraih perhatian ramai di platform media sosial.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Aksi 2 Jejaka Pakai Topeng Beri Ayam Segar Percuma Depan Pavillion KL Jadi Perhatian


Misi Team XYZ Untuk Bantu Orang Ramai

Cakna dengan hantaran yang tular, kumpulan lelaki tersebut menerusi laman TikTok (@xyzteamproject) tampil memperkenalkan diri dan menjelaskan mengenai perkara yang dilakukan.

Salah seorang individu dari team XYZ itu berkata mereka bukanlah selebriti atau mana-mana pihak terkenal, namun hanya manusia biasa yang mahu membantu orang ramai.

Tujuan mereka menubuhkan pasukan beridentitikan topeng muka berkenaan adalah untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan tanpa mengetahui siapakah diri mereka.

Sumber: TikTok (@xyzteamproject)

Kami tidak mengharapkan apa-apa balasan dari anda, cukuplah dengan mendoakan kami dimurahkan rezeki supaya dapat bantu lebih ramai orang.

Team XYZ.

Rezeki yang dikurniakan kepada mereka pula akan digunakan ke arah kebaikan dalam misi berkenaan.


Team XYZ Dedah Mereka Beragama Islam

Menerusi perkongsian yang tular sebelum ini, terdapat segelintir netizen mencurigai niat mereka mengedarkan bantuan tersebut selain berasa was-was dengan cara ayam itu disembelih.

Bagi menjawab kecurigaan orang ramai, team XYZ menerusi ruangan kapsyen menjelaskan bahawa mereka beragama Islam.

@xyzteamproject

Kami semua beragama Islam dan bangsa melayu. InsyaAllah kami akan tolong lebih ramai orang . Doakan kami🤲

♬ original sound – XYZMISSION

Team XYZ Kongsi Lokasi Pemberian Barangan Asas Yang Seterusnya

Menurut lelaki bertopeng itu lagi, misi menghulurkan bantuan di tengah bandar itu hanyalah permulaan. Malah mereka akan berkongsi lokasi bantuan seterusnya di akaun TikTok berkenaan.

Dalam masa sama, mereka juga akan meninggalkan satu topeng muka itu di setiap lokasi bantuan dihulurkan. Dalam satu perkongsian terbaru, team XYZ mendedahkan mereka akan berada di Masjid As-Salam sekitar Puchong Perdana, Selangor hari ini (3 Mei).

Untuk misi kali ini, mereka akan mengedarkan keperluan asas kepada individu berdekatan kawasan tersebut.

Sumber: TikTok (@xyzteamproject)

Netizen Puji Misi Team XYZ Kerana Sudi Bantu Rakyat Memerlukan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan dan niat mereka dalam membantu masyarakat di luar sana.

“Syabas. Apa kebaikan dibuat secara sembunyi akan besar nikmatnya di akhirat,” kata seorang lelaki.

Sementara itu, ada yang memberikan idea untuk menyasarkan lokasi penduduk berpendapatan rendah.

Malah ada juga individu yang berminat dengan misi berkenaan dan ingin menjadi sukarela untuk projek berkenaan.

Sumber: TikTok (@xyzteamproject)

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Netizen Bangga Geng ‘Rider’ Hulur Bantuan Mangsa Banjir Di Hulu Langat

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Beri 550 Orang Makan Percuma Setiap Hari, Usahawan Tak Sanggup Lihat Penduduk Berlapar


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd